~power of love~

Thursday, August 28, 2008

Cinta..


1. Hasrat sering bercampur aduk dengan cinta. Tetapi lebih baik kamu memfokuskan
pada daya tarikan fizik terlebih dahulu kerana ia penting untuk menggambarkan cinta.

2. Cinta adalah sebuah perasaan untuk menyayangi. Jika kamu menghulurkan cinta,
yakinlah bahawa ada rasa sayang yang menjadi dasar untuk menguji sedalam mana cinta itu.

3. Cinta memang senang pudar andai tidak bijak membajainya. Saat kamu ditinggalkan cinta,
jangan menyalahkan diri kerana ia sudah menjadi ketentuan.

4. Percayalah, cinta tidak pernah menyakitkan kamu secara fizikal dan emosi, pasti ini bukanlah
cinta yang sebenarnya.

5. Cinta sering mengundang air mata gembira ataupun duka. Air mata yg mengalir utk lakonan
menyembunyikan sifat hipokrit di sebalik kepalsuan cinta.

6. Cinta byk memberikan pengalaman suka dan duka. Setiap pengalaman itu ada pengajarannya.

7. Cinta tidak semestinya diputaran teratas tetapi akan berada di bawah bila tiba masanya. Jika di bawah,
jgn berputus asa, berusahalah utk menaikkannya semula.

8. Cinta bukan saja bergantung pada emosi dan kata hati. Cinta juga memerlukan pemikiran
yang rasional dan positif.

9. Jangan mendustai cinta kerana sebuah kesucian tidak wajar dikotori. Cinta suci merupakan cinta
yang terakhir wujud di hati kita.

10. Cinta sering menguji kekuatan hati dan emosi. Jika kamu mengharungi dunia cinta tanpa
mengenali erti keperitan itu bukanlah cabaran yg sebenarnya...

Apakah Itu Cinta?


Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya satu bebanan,
Mereka yang tidak serius dengannya, menyebutnya satu permainan,
Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya satu impian,
Mereka yang mendambainya, menyebutnya satu takdir.

Adakalanya, Allah sememangnya mengetahui yang terbaik tetapi diberinya kesusahan untuk menguji kita. Adakalanya sehingga melukai hati, supaya nikmat sesuatu cinta itu lebih dihargai.

Jika kita kehilangan cinta, ketahuilah.. pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kala sulit untuk dimengertikan, namun kita tetap harus percaya bahawa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telahpun bersedia untuk memberikan yang lebih baik.

Kenapa harus sesuatu cinta itu mengambil masa?
Kerana walaupun kita ingin membuat satu keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa.
Kerana walaupun kita ingin tergesa-gesa, kita tidak ingin membabi buta.
Kerana walaupun kita ingin segera menemui cinta, kita tidak ingin sesat dan kehilangan arah dalam proses pencarian itu.

Jika ingin berlari, belajarlah berjalan dahulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.

Apakah kita perlu tergesa-gesa mencari orang yang kita inginkan, lalu menimbang memilih apa yang ada.
Atau hanya menerima orang yang kita cintai, lalu memuaskan diri dengan apa yang ada.
Atau bersabar untuk mencari orang yang tepat, kerana sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan hanya untuk bersama pilihan yang salah.

Perlu diketahui, tiada bunga yang boleh mekar semalaman dan tiada kota yang boleh terbina dalam sehari,
Inikan pula kehidupan, yang perlu dikandung dahulu selama sembilan bulan,
Oleh itu, sesuatu cinta yang agung perlu disemai dan dewasa bersama kehidupan.

Kebanyakkannya, sesuatu perkara yang indah dalam hidup ini tidak terjadi dalam sekelip mata. Adakalanya perlu mengambil masa yang lama, dan ketahuilah.. segala penantian itu tidakkan sia-sia.

Walaupun penantian itu memerlukan - keimanan, kesabaran, keberanian dan pengorbanan tetapi percayalah - penantian yang diberkatiNya menjanjikan satu cinta indah yang tidak terbayangkan.

Wednesday, August 27, 2008

we are never fail..believe that!


When u think u fail..remember this....

failing doesn't mean i'm failure; it just means i haven't yet succeeded..

failing doesn't mean i've accomplished nothing; it just means i've learned something...

failing doesn't mean i've been fool, it just means i dare to try..

failing doesn't mean i don't have what it takes; it just means i must do things diffrently next time...

failing doesn't mean i'm inferior; it just means i'm not perfect..

failing doesn't mean i'll never make it; it just means i need more patient...

failing doesn't mean i'm wrong; it just means i mustfind a better way..

Monday, August 25, 2008

Sakitnya apabila terlalu diminati..

Sakitnya apabila terlalu diminati
Setelah puas anda beritahu dia, anda tidak suka akan dia, dia masih memburu anda, apa yang boleh anda lakukan? Diminati seseorang yang anda tidak suka lebih sakit berbanding meminati seseorang yang orang itu tidak menyukai anda.
Nampak macam tidak logik, tetapi itulah hakikatnya. Lebih baik meminati seseorang yang tidak meminati anda daripada anda diminati oleh seseorang yang memang anda tidak minat terhadapnya.
Bayangkan, apabila anda tidak suka, setiap senyumannya menjadi masam, setiap tuturkatanya memualkan, setiap jenakanya membuatkan anda loya, melihat wajahnya saja pun anda rasa menyampah. Tetapi sebab dia sangat-sangat meminati anda, dia akan terus berusaha mencuri perhatian anda. Dia akan berbuat bermacam-macam perkara untuk anda respon terhadapnya. Bukankah itu sakit?
Berbanding jika anda meminati seseorang, jika tidak mendapat respon pun anda boleh berusaha lagi. Lama-lama kerak akan cair kalau dibasahi air. Hari ini mungkin tidak minat, besok belum tahu. Sekadar mencuba bukanlah terlalu sakit sebab setiap usaha tidak mesti membuahkan hasil. Adakalanya hasil cepat dan lumayan, adakalanya tidak menjadi. Itu semua kita faham.
Tetapi andainya anda terlalu diminati, anda tidak tahu ke mana hendak pergi. Ke hulu dia mengekori, ke hilir juga dia ada. Anda lemas dan rimas tetapi tidak boleh berterus terang mengatakan anda tidak suka akannya, nanti maruahnya jatuh atau mengecilkan hatinya. Masalahnya dia seolah-olah tidak faham bahawa anda tidak menyukainya dan mahu bebas dari kawalannya, apa lagi yang dapat anda lakukan?
Begitulah seksanya diminati. Siapa kata yang paling seksa adalah apabila kita terlalu meminati? Terlalu diminati juga sangat menyeksakan, bahkan boleh jadi lebih menyeksakan.
Saya teringat kisah Allahyarhamah Seha, sewaktu zaman kegemilangannya sebagai penyanyi kumpulan ?Freedom?, kata dia, ?Ada seorang lelaki tidak habis-habis menghantar bunga pada saya. Setiap hari saya akan dapat sejambak bunga dari dia. Mula-mula saya rasa seronok maklum dihargai peminat, lama-lama saya jadi takut dan susah hati. Tak perlulah hantar bunga hari-hari. Bukan sedikit belanja tu. Hantar sekali dua cukuplah.?
Sekarang ini mungkin SMS. Hari-hari anda menerima SMS daripadanya. Setiap hari boleh tahan, boleh jadi setiap jam anda menerimanya, atau setiap lima minit sekali. Biarpun SMS itu berbentuk kata-kata yang puitis, mutiara kata mahupun sekadar bertanya khabar, kalau terlalu kerap diterima, akan terganggu juga emosi.
SMS mungkin tidak sedahsyat call. Cuba bayangkan, orang yang anda tidak minati langsung itu menelefon anda bertubi-tubi. Selagi anda tidak mengangkat dan menjawab ?Hello? untuknya, dia akan terus menelefon dan menelefon. Husss, derita rasanya.
Apa panduan yang boleh anda lakukan tatkala terlalu diminati sedangkan anda sudah lemas akibat terlalu diminati itu?
1. Relaks . Bertenang selalu. Minum air banyak-banyak, tarik nafas dalam-dalam dan kata dalam hati, ?Adalah lebih baik terlalu diminati daripada terlalu dibenci.?
2. Syukurilah. Meskipun rasa terdera, namun itulah salah satu nikmat ALLAH yang diberikan untuk anda, tidak orang lain. Berapa ramai manusia di muka bumi ini mahu dikagumi dan diminati, tetapi anda yang mendapat. Syukurilah, sebab ia salah satu nikmati ILAHI.
3. Berterus terang. Nyatakan, anda ingin bebas. Manusia biasa faham dan berfikir. Berterus terang adalah jalan terbaik untuk semua masalah.

lelaki terpikat??

Sikap Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn
wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,
pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg
terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara
tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di
mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di
kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.


Pergi yang sementara

Biar kan lah…hati ku resah
Kerna mu ku berkorban
Biarkan lah …jiwa ku gelisah
Kerna kau ku pendam jua
Itulah juga pinta mu…agar ku berdiam
Bagai kau ingin ku jauh dari pandanganmu…duhai teman
Agar aku tak lagi mengganggui

Penat sudah berkata…hanya sendirian
Bicara ku kini kelu…tiada makna
Bagai telah termaksud di kalbu
Kau terus membisu….hanya aku yang merindui

Kerna mu …kini ku berubah..bila kau mula bersuara
Kau buka cahaya…yang terdulu malap
Kini bagai mentari di malam hari….kau lah cahaya pada ku
Dulu ku bersiar …kini ku bertapa…ingin ku dekati nya
Inilah dorongan mu…
Namun kini kau menghilang…
Aku merindui….harapan ku yang sepenohnya
Kabulkan lah …pemintaanmu..agar segera kau kembali…

Agar ceria hidup yang sepi….
Ku rela kau pergi…tetapi
Segera lah kau kembali…ku sesangat menanti

CINTA SEORANG LELAKI

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada
kekasihnya dgn ikhlas
perubahan sikapnya amat mengejutkan.
Hati lelaki yg dianggap keras selama ini
tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut
kapas
apabila sudah jatuh cinta dgn relanya

Bahkan lelaki yg mabuk cinta
sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk
kekasihnya.

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan
air mata apabila hatinya
dilukai.
Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Di antara tanda-tanda lelaki yg jatuh cinta dgn
hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu
untuk kekasihnya dgn rela
bukan
krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya
dan berubah menjadi orang
yg
kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia
amat menyayangi
kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan
kekasihnya kerana perasaan
cemburunya
yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya
kerana dia sentiasa
berasa
curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn
kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila
kekasihnya tidak
menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang
meminta perhatian krn
dia
mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup
membantu kekasihnya
melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh
kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya
berjauhan daripadanya terlalu
lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan
kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya
sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya
mencintainya kerana dia merasa
kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg
tidak ada urusan penting
dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn
kekasihnya walaupun terpaksa
menunggu kasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org
lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan
berasa serik dan tidak
percaya dgn cinta perempuan lain namun dia
sentiasa mengharap kekasihnya
kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal
dan sanggup berbuat
apa
saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg
paling dipercayainya dan
sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya
sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada
kekasihnya namun jikalau dia
berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100
peratus mencintai
kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan
airmata hanya untuk seorang
perempuan.

Hawa diciptakan dari rusuk adam
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan
Pemimpinnya
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya
Melainkan dari sisinya Untuk di jadikan tempat
hidupnya
Dekat dengan lengannya untuk di lindunginya
dan dekat di hatinya untuk di cintainya....

1. Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.
Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak Menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.
2. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.
3. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.
Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.
4. Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu.Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari Orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.
5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.
6. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita;! kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.
7. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja anda berada.
Ulasan:Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang
yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.
8. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atausayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat d! icapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.
9. Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.
Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka Dia berhak mendapat kasih anda.
10. Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.
11. Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia Cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang,! maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya..."
Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...
12. Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.
13. Anda tidak pernah kalah/kecewa di alam mencintai/menyayangi. Anda cuma
kalah jika anda bertangguh.
Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.
14. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya,hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia >tahu kelemahan dan kekurangan a!nda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat
cinta anda.
15. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk,jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.
Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta......
Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami.
Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar;bukan supaya anda didengar.
Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur;tetapi untuk anda mencintai.....

Sunday, August 24, 2008


Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, iaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.

Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi.
Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati

Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.

Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup, rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan.

Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.

1. Sayangi dia dengan hati, bukan
dengan perasaan. Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan
perasaan, ianya akan gagal kerana
perasaan sentiasa berubah dari masa ke
semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia
terdapat hampir 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti. Dia
sememangnya seorang yang istimewa dan
biarkan ianya kekal begitu. Jangan
sesekali terfikir untuk mengubah apa-
apa tentang dia kerana sekali anda
mengubah, selamanya anda akan terus
mengubah dirinya. Tentu anda masih
ingat, anda terpikat padanya kerana
dia adalah dia. Maka, tiada alasan
untuk anda mengubah dia untuk menjadi
seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada
padanya, dia berpeluang untuk menjalin
hubungan dengan seseorang yang lebih
sempurna tapi demi cinta, dia telah
memilih diri anda. Maka, jangan
sesekali cuba untuk mempermain-mainkan
keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan
dia. Jangan anda merayu dan jangan
mencipta alasan supaya dia menerima
cinta anda kerana kelak, yang anda
akan dapat darinya hanyalah cinta
simpati dan bukannya cinta setulus
hati.

5. Yakinkan diri anda akan
keistimewaan dia. Dia adalah satu-
satunya di dunia ini dan jangan
mengharapkan kesempurnaan dari dia
kerana dia telahpun cukup sempurna
semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa
bersangka baik padanya jika kita juga
mahukan sebegitu darinya. Pastikan
anda akan sentiasa meletakkan diri
anda di tempatnya sebelum melakukan
apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat
menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia
untuk selama-lamanya kerana selama-
lamanya bagi anda mungkin akan
berakhir keesokkan harinya, tapi
berjanjilah untuk menyayangi dirinya
seolah-olah setiap hari itu adalah
hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti
memberi hati anda kepadanya untuk
dilukai tapi kepercayaan itu penting.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan
melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia
tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya
akan setakat menangis kecewa dan
kemudiannya meneruskan hidup seperti
biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan
mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri
anda, memenangi hatinya bukanlah satu
kejayaan yang mutlak tetapi anugerah
itu hanya layak anda perolehi setelah
anda berjaya menyayanginya sehingga ke
akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih
anda adalah kerana dia percaya bahawa
anda adalah seorang yang jujur dan
akan menepati janji. Anda telah
bersusah payah dan berusaha sedaya
upaya untuk memenangi cintanya, maka
dengan itu haruslah juga anda berusaha
untuk terus menyintai dirinya dengan
apa jua keadaan sekalipun.

Belajar mencintai seorang yg tidak sempurna dengan cara yang sempurna…

Kita tak perlu mencari seorang manusia yang sempurna untuk menjadi teman sejati, cukuplah sekadar mempunyai seorang teman sejati yang menjadikan kita seorang manusia yang sempurna apabila bersamanya…

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya..

Terimalah kekasih anda dengan apa adanya dia, maka cinta kasih suci akan bersemi pada hubungan anda dan kekasih anda.

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, itulah kesempatan…

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, itu bukan pilihan, itu kesempatan…

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, itupun adalah kesempatan..

Bila kita memutuskan untuk mencintai seseorang walau apapun yang terjadi, itu adalah pilihan.

Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu dan tetap memilih untuk mencintainya, itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik datang bagai kesempatan pada kita. Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan. Pilihan yang kita lakukan.

“Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil…”

Pasangan jiwa benar-benar ada. Dan bahkan mungkin ada seseorang yang diciptakan hanya untukmu…

Tetapi tetap berpulang padamu untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak…

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita, adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai, tetapi untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna…

“memberi kemaafan mungkin amat berat bagi kita untuk orang yang pernah melukai hati kita.. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas dan tanpa syarat umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi…”

Kita tidak akan faham betapa kuatnya pengaruh cinta pada kehidupan ini. Dia pasti akan datang dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui minat kita pada sesuatu atau seseorang , mahupun perasaan yang didesak oleh seseorang sehingga kita tiada pilihan lain selain memberi ruang dalam hati.