~power of love~

Monday, August 25, 2008

Sakitnya apabila terlalu diminati..

Sakitnya apabila terlalu diminati
Setelah puas anda beritahu dia, anda tidak suka akan dia, dia masih memburu anda, apa yang boleh anda lakukan? Diminati seseorang yang anda tidak suka lebih sakit berbanding meminati seseorang yang orang itu tidak menyukai anda.
Nampak macam tidak logik, tetapi itulah hakikatnya. Lebih baik meminati seseorang yang tidak meminati anda daripada anda diminati oleh seseorang yang memang anda tidak minat terhadapnya.
Bayangkan, apabila anda tidak suka, setiap senyumannya menjadi masam, setiap tuturkatanya memualkan, setiap jenakanya membuatkan anda loya, melihat wajahnya saja pun anda rasa menyampah. Tetapi sebab dia sangat-sangat meminati anda, dia akan terus berusaha mencuri perhatian anda. Dia akan berbuat bermacam-macam perkara untuk anda respon terhadapnya. Bukankah itu sakit?
Berbanding jika anda meminati seseorang, jika tidak mendapat respon pun anda boleh berusaha lagi. Lama-lama kerak akan cair kalau dibasahi air. Hari ini mungkin tidak minat, besok belum tahu. Sekadar mencuba bukanlah terlalu sakit sebab setiap usaha tidak mesti membuahkan hasil. Adakalanya hasil cepat dan lumayan, adakalanya tidak menjadi. Itu semua kita faham.
Tetapi andainya anda terlalu diminati, anda tidak tahu ke mana hendak pergi. Ke hulu dia mengekori, ke hilir juga dia ada. Anda lemas dan rimas tetapi tidak boleh berterus terang mengatakan anda tidak suka akannya, nanti maruahnya jatuh atau mengecilkan hatinya. Masalahnya dia seolah-olah tidak faham bahawa anda tidak menyukainya dan mahu bebas dari kawalannya, apa lagi yang dapat anda lakukan?
Begitulah seksanya diminati. Siapa kata yang paling seksa adalah apabila kita terlalu meminati? Terlalu diminati juga sangat menyeksakan, bahkan boleh jadi lebih menyeksakan.
Saya teringat kisah Allahyarhamah Seha, sewaktu zaman kegemilangannya sebagai penyanyi kumpulan ?Freedom?, kata dia, ?Ada seorang lelaki tidak habis-habis menghantar bunga pada saya. Setiap hari saya akan dapat sejambak bunga dari dia. Mula-mula saya rasa seronok maklum dihargai peminat, lama-lama saya jadi takut dan susah hati. Tak perlulah hantar bunga hari-hari. Bukan sedikit belanja tu. Hantar sekali dua cukuplah.?
Sekarang ini mungkin SMS. Hari-hari anda menerima SMS daripadanya. Setiap hari boleh tahan, boleh jadi setiap jam anda menerimanya, atau setiap lima minit sekali. Biarpun SMS itu berbentuk kata-kata yang puitis, mutiara kata mahupun sekadar bertanya khabar, kalau terlalu kerap diterima, akan terganggu juga emosi.
SMS mungkin tidak sedahsyat call. Cuba bayangkan, orang yang anda tidak minati langsung itu menelefon anda bertubi-tubi. Selagi anda tidak mengangkat dan menjawab ?Hello? untuknya, dia akan terus menelefon dan menelefon. Husss, derita rasanya.
Apa panduan yang boleh anda lakukan tatkala terlalu diminati sedangkan anda sudah lemas akibat terlalu diminati itu?
1. Relaks . Bertenang selalu. Minum air banyak-banyak, tarik nafas dalam-dalam dan kata dalam hati, ?Adalah lebih baik terlalu diminati daripada terlalu dibenci.?
2. Syukurilah. Meskipun rasa terdera, namun itulah salah satu nikmat ALLAH yang diberikan untuk anda, tidak orang lain. Berapa ramai manusia di muka bumi ini mahu dikagumi dan diminati, tetapi anda yang mendapat. Syukurilah, sebab ia salah satu nikmati ILAHI.
3. Berterus terang. Nyatakan, anda ingin bebas. Manusia biasa faham dan berfikir. Berterus terang adalah jalan terbaik untuk semua masalah.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home