~power of love~

Thursday, August 28, 2008

Cinta..


1. Hasrat sering bercampur aduk dengan cinta. Tetapi lebih baik kamu memfokuskan
pada daya tarikan fizik terlebih dahulu kerana ia penting untuk menggambarkan cinta.

2. Cinta adalah sebuah perasaan untuk menyayangi. Jika kamu menghulurkan cinta,
yakinlah bahawa ada rasa sayang yang menjadi dasar untuk menguji sedalam mana cinta itu.

3. Cinta memang senang pudar andai tidak bijak membajainya. Saat kamu ditinggalkan cinta,
jangan menyalahkan diri kerana ia sudah menjadi ketentuan.

4. Percayalah, cinta tidak pernah menyakitkan kamu secara fizikal dan emosi, pasti ini bukanlah
cinta yang sebenarnya.

5. Cinta sering mengundang air mata gembira ataupun duka. Air mata yg mengalir utk lakonan
menyembunyikan sifat hipokrit di sebalik kepalsuan cinta.

6. Cinta byk memberikan pengalaman suka dan duka. Setiap pengalaman itu ada pengajarannya.

7. Cinta tidak semestinya diputaran teratas tetapi akan berada di bawah bila tiba masanya. Jika di bawah,
jgn berputus asa, berusahalah utk menaikkannya semula.

8. Cinta bukan saja bergantung pada emosi dan kata hati. Cinta juga memerlukan pemikiran
yang rasional dan positif.

9. Jangan mendustai cinta kerana sebuah kesucian tidak wajar dikotori. Cinta suci merupakan cinta
yang terakhir wujud di hati kita.

10. Cinta sering menguji kekuatan hati dan emosi. Jika kamu mengharungi dunia cinta tanpa
mengenali erti keperitan itu bukanlah cabaran yg sebenarnya...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home